Sunday 27 August 2017

Kenapa anak NAKAL? Salah cikgu?

Sejak kebelakangan ni,makin ramai worried parents come to see me at the clinic. AND they come bringing with them OKU forms untuk diisi oleh doctor. No, borang ni not for them. But given by cikgu kelas anak mereka yang dianggap 'kurang upaya' atau berpenyakit atau bermasalah.


Sebab anak dianggap bermasalah oleh cikgu adalah : anak nakal di dalam kelas, dan tidak mampu menumpukan perhatian, atau pun these children seem to be TOO HYPERACTIVE or TOO DISRUSPTIVE or TOO WEIRD to be with the rest of the kids. Most of them are STANDARD 1 students. Mind you, STANDARD 1.


Mungkin semua orang sudah lupa budak DARJAH 1 ni sepatutnya pandai buat apa kot.


Let me remind you. Did we know ABC at standard 1? masa zaman2 kita dulu? OKU kah kita sebab kita belajar 2+2 masa darjah 1? jadi orang jugakkan kita semua?


Soalannya kenapa? Kenapa extreme sgt? Maybe due to the fact that KEBANYAKAN MAK BAPAK hantar anak-anak mereka ke TADIKA untuk BELAJAR MEMBACA DAN MENGIRA seawal umur 3 tahun. Kalau tak pandai membaca dan mengira by the time darjah Satu, might as well don't send them to school at all. Coz then they will be deemed OKU-ish. and kenapa hantar dari umur 3 tahun? sebab mak bapak sibuk kerja. so pass the responsibility to another person. kan?


Ke salah cikgu ni... Maybe cikgu-cikgu tak larat nak marah pelajar2 yang mengganggu kelas mereka? Mungkin cikgu-cikgu tak kesah nak explore more sebab cikgu pun banyak hal lain? Mungkin cikgu tak caring enough? mungkin cikgu2 ni over-diagnose? Mungkin cikgu nak jalan mudah so bagi OKU form supaya budak ni boleh gi kelas lain?


Dah-dah lah tu salahkan para cikgu. Cuba tengok budak kat rumah macam mana. Cuba tengok mak bapak budak tu macam mana..


Kebanyakan anak-anak yang saya jumpa (yang dianggap bermasalah dan berpenyakit oleh cikgu2 mereka), mereka sebenarnya bijak, tapi tidak cukup stimulasi, beradab tetapi nakal sewaktu di dalam kelas, pandai bercakap, tetapi tak diberi ruang untuk berkomunikasi, dan boleh dilentur tapi tiada siapa yang kisah untuk melayan mereka.


Salah siapa? Of course lah salah MAK BAPAK.

Sebab apa? Sebab mak bapak sibuk sangat nak bekerja cari duit tapi lupa tanggung jawb sebenar adalah untuk bersama anak2 mereka. Ada yang bekerja terlalu keras sampai memberi tanggung jawab menjaga anak kecil itu pada anak yang paling besar. Ada yang bercerai berai, so marah kat suami/isteri, anak-anak jadi mangsa. Ada yang terlalu garang, sampai anak2 REFUSE to talk to them.


Yang paling saya sedih dan risau adalah bila anak2 itu terlalu 'friendly dengan saya'. Ada tu lepas habis konsultasi,siap salam dan PELUK saya. Tau kenapa doctor akan risau bila ada anak kecil begitu mudah untuk memeluk orang yang tak dikenali? Itu adalah RED FLAG atau petanda anak itu KURANG kasih sayang or even child abuse.


Sepatutnya anak2 kecil akan malu atau risau untuk bersalam dan menjawab soalan orang yang tak dikenali. Sebab dia ada ibu dan ayah mereka yang dah CUKUP untuk mereka. Tapi bila mereka mula menunjukkan overly kasih sayang dan friendliness dgn orang baru, siap nak duduk atas pangku doktor bagai.. man... mak ayah, sila lah ambil itu sebagai CUE that your child/children might not have enough attention from you hence mencari kasih sayang daripada orang lain.


So, biasanya my advise to the parents is simple. SETIAP hari luangkan sekurang2nya sejam untuk buat homework anak bersama2 dengan mereka. Look at them, and show them that you care what they write and answer in their books. Praise them and support them. Bring them to the playground and look at how happy they play. Sahut lah panggilan anak bile anak panggil "MAMA PAPA!! tengok!! i can do this!" dan jawablah " ye sayang! pandai anak mama/papa!". jangan suruh diorg keluar dan main, but instead AJAK mereka untuk keluar BERSAMA-SAMA.
Seburuk2 mak dan ayah, anak itu akan sentiasa mencari mak dan ayah mereka untuk tunjuk sesuatu kejayaan dan pencapaian mereka. Trust me, after 1 month, usually mak bapak akan NOTICE perubahan pada anak mereka. Baru mereka sedar yang anak tu lebih mendengar kata dan tidak lagi terlalu nakal. Sebab apa? Sebab diorg sedar yang mak bapak dah buat something for them (which is spending time with them), so they have to do something for their parents too. The kids are smart ok. Don't underestimate their capability to be thankful to you.


So, make a change everyone. You want children? You better off look after them. Kalau sibuk sangat, jangan nanti risau terover bile anak sakit atau diberi OKU form oleh cikgu. Sebab another syndrome mak bapak zaman sekarang ni, anak demam selsema sket terus bawak jumpa sampai 3-4 doktor. Sebab apa? Sebab tiba2 rasa bersalah takde kat rumah pastu anak sakit baru nk menggelabah tunjuk caring. come on.. we know when parents really care or nak tunjuk caring sebab tak tahu pun anak tu sebenarnya usually macam mana keadaan dia.


Serugi2 dan sesedih-sedih manusia adalah anak kecil yang tidak dijaga dengan baik dan membesar dengan rasa marah dan benci yg membuak2 pada ibu bapa mereka.

Peace yaalllss. Let this be a reminder for all of us.


Friday 28 July 2017

brake and turn when you can

When we are too busy and engrossed with worldly affairs, we forget the real reason of delving into it in the first place. If the reason is one thing and the result is the other, then maybe it is time to put a stop to it. Coz then nothing can be achieved. Nothing is better than losing our sole purpose in life; which is of course to be happy and to ensure that our family is just as happy. When one of them is not, then put a brake at what you do, reassess the situation and turn the wheel. It is never too late to make changes in life. But it will be too late when the people you love do not look at you the same way anymore. Or maybe they have adjusted and adapted to their new life. No point complaining then.

Wednesday 12 July 2017

Nak sihat kena makan produk mana ye?


Pernah tak ada doktor yang suruh kita beli apa-apa produk untuk menyembuhkan 1001 penyakit? Pernah tak ada doktor yang suruh kita beli macam-macam jenis vitamin untuk menghindari 1001 penyakit? TAKDE kan? sebab apa yang doktor nasihat adalah, KALAU NAK SIHAT, makan la sayur-sayuran, makan makanan seimbang, bersenam setiap hari, elakkan melakukan perbuatan yang membahayakan kesihatan seperti merokok dan mengambil dadah dan menguruskan badan bagi mereka yang terlebih berat badan.

THERE IS NO WAY that one medicine can cure or prevent 20 different penyakit. Kalau ada, percayalah, Kementerian Kesihatan dah beli lama dah dan bagi free pada rakyat jelata! 


Dan kalau hari-hari makan cukup, perlu ke supplemen2 ni.. kalau duduk kat africa tu dan kurang nutrisi, maybe perlu lah supplemen. tapi kita ni kat malaysia...agak2 la nak  ambil supplemen macam2 yang unnecessary ni.. even nasi dan susu kita semua dah di campur dengan macam2 vitamin dan bahan2 supplemen yang diperlukan oleh badan..

Bagi saya, BERDOSA SANGAT BESAR jika kita menipu orang lain dengan menyuapkan mereka dengan ilmu-ilmu yang salah, fitnah dan tiada kebenarannya. Berdosa sangat besar jika kita hanya menerima sesuatu maklumat itu tanpa melihat buktinya dahulu dan terus menyebarkannya pada mereka yang sama-sama tidak mengetahui. No i am not talking about spreading some video over the internet, but i am talking about people who sell things and feeding customers with false information.

Kalau nak makan MAKANAN SUNNAH, makan je lah buah-buahan itu, Kalau nak makan madu dan mendapat khasiatnya, makan je lah madu seasli-asli nya. Bile kita makan jus A + jus B yang dah duduk dalam botol selama beberapa bulan di rak di Supermarket atau kaunter di restoran tu, maka pastinya tiada lagi istilah ASLI atau BEBAS DARI benda2 lain. Coz for a product to be able to stay on the shelf, mesti lah ada tambahan pengawet, gula, ,garam steroid etc utk tahan lama. Kalau tak bernasib baik, produk yang anda beli itu mungkin tiruan. Kalau dah tiruan tu, dah lah takde khasiat, tapi mengandungi macam-macam bahan beracun pula... takke bertambah mudarat..

The best part is, produk-produk yang tiada kajian mendalam ni dijual dengan harga berpuluhan dan beratusan ringgit! wow. nasihat doktor yang free dan percuma takde pulak orang nak ikut. Nak jugak beli mahal2..

Bila doktor bagi nasihat, percayalah yang doktor dah lihat macam-macam masalah daripada penggunaan produk-produk ni yang tiada pun kajian mendalam dijalankan ke atasnya. Kencing manis, Kerosakan buah pinggang, kerosakan hati dan bermacam-macam lagi. It is not pretty. Trust the doctors when they tell you to STOP TAKING something that you are taking without knowing the content of it. Tapi sebab percaya apa penjual cakap, you terima sahaja membuta tuli. Orang nak jual barang, mestilah cakap berapi! Mana ada peniaga nak kutuk produk sendiri.. 

Kalau tak percaya lah kan, kalau betul lah produk/supplemen/herba tu boleh mengubati penyakit-penyakit yang you senaraikan tu, bagi dulu produk tu PADA MAK DAN AYAH you yang ada penyakit kencing manis, gout, sakit lutut pakai tongkat, sakit pinggang, kanser dll. Dan tengok lah adakah hilang penyakit-penyakit itu dari orang tua mu? Kalau tak, apa lagi yang kamu dustakan...



Thursday 15 June 2017

Baby lahir banyak rambut sebab apa ye?

Me: ok makcik. Saya rasa itu sahaja untuk hari ni. Nanti makcik ambil ubat di farmasi ye. (Dengan senyuman yg sgt sweet)

Makcik: ok. Oh ye doctor tolong jangan lupa letak folic acid sekali ye?

Me: oh? Boleh.. takde masalah. Tp boleh saya tahu makcik ambil folic acid utk apa ye? 

Makcik: kan ada dalam rekod tu? Tak tengok ke? Makcik ni memang under follow up Doktor ABC kat hospital ABC! Mmg setiap kali ambil folic acid.

Awesome...

Me: (menyirap gak darah tetiba dia tinggi suara..tp sabar) ok.. jap saya tgk rekod makcik ni. (Puas mencari folic acid prescription dalam rekod. Memang xde. Ke mata aku rabun..

Makcik: tengok la dalam tu. Memang tiap kali datang doctor akan bg saya folic acid. 

Me: memang xde makcik. Saya boleh beri x menjadi masalah. Tp boleh tahu kenapa makcik ambil folic acid? 

Makcik: (dengan suara yg tinggi dan x berpuas hati) saya kan masalah rambut ni asyik gugur. 

Me: berapa lama ye masalah ni? Banyak ke?

Makcik: dah lama dah! 4 tahun dah! Takde la banyak sgt... tp lama dah ni masalah ni!

Me: hmm.. menarik. Siapa yang mulakan ubat ni utk rambut gugur ye makcik? 

Makcik: eh banyak tanya pulak! Apa yg susah sgt! Bagi jelah folic acid tu! Jgn nak naikkan darah saya yg mmg dah tinggi ni!

Aku jeling sekejap pada bacaan BP.. normal je..takde lah tinggi gile..

Me: excuse me makcik. I dont appreciate that tone. I told you that i can give you the folic acid but i just feel weird that ur taking it for hair fall. You dont have to raise your voice at me! (Suara dah mula nak naik dah..)

Makcik: eh makcik dah bertahun dah ambek folic acid. So kalau you rasa folic acid bukan utk rambut gugur habis tu utk apa?

Me: (wow..now kena argue pulak dgn makcik ni). Makcik..kita bagi folic acid sebagai supplement contohnya untuk wanita mengandung.. jarang kita beri utk rambut gugur. Melainkan memang orang tu malnourished dan ada folate deficiency dan ada hair loss maybe lah kita akan bg. Tp makcik sihat dan tidak ada folate deficiency. Makcik makan makanan seimbang setiap hari. So mengambil folic acid tu agak redundant pada pendapat saya.

Makcik: Haaa..org mengandung ambik folic acid tu kan utk buat rambut baby lahir banyak. (Whhaaatttt? Mazhab mana ni???) eh apa yg susah sgt ni? Saya dah ambil bertahun!

Me: ok ok...saya x nak gaduh dengan makcik. so dah bertahun-tahun ambil folic acid rambut makcik dah tak gugur dah ke?

Makcik: urmm...urmmm... (muka malu..tp tak nak kalah)

Me: makcik..saya rasa doctor pun malu nak tulis dalam rekod makcik yg diorg bg makcik folic acid sebab masalah rambut gugur ni. (Ok...ni dlm hati je lah...)

Hampeh.

Doktor pun satu. It doesnt hurt to explain the latest research findings to patients. If it helps to reduce unnecessary prescription, apa salahnya.. ni tidak.. patient mintak je bagi. Patient mintak je bagi. Memang la murah. Tp kalau sebab yg tak masuk akal and not backed up by strong studies tak perlu la kan... in the end bergaduh dengan doctor lain sebab dia x faham or salah faham.

This was a year ago. Now she has STOPPED taking folic acid. I wonder why.....


Aku kata kipas!!!

MA: Doctor.. boleh tolong tengok patient dekat emergency room tak?
Me: kes apa ye?
MA: cirit birit. Muntah muntah.
Me: hmmm(dalam hati dah pelik dah..kenapa sampai nak kena pergi emergency room). Takpe saya datang.
In a flash, i rushed to the emergency room thinking that someone might be super lethargic, dry and probably about to die due to dehydration.

I saw a 20 year old lady lying down with her eyes shut. Her mother was sitting by the side mengipas anaknya dengan gigih.
Sekejap2 anak itu akan menjerit, KIPAS!!! KIPAS!! dan ibunya akan terus mengipas dengan muka yg risau.

 Sekali imbas BP dan pulse rate kelihatan normal pada mesin.

Me: sakit kat mana ye?
Lady: sakit perut!!! Sakit perut!!!
Me: ok.. kat mana ye?
Mula2 taknak tunjuk sakit kat mana.
Me: Adik, bukak mata dan pandang saya please. Cuba tunjuk kat mana sakit tu. Kalau awak tak tunjuk saya x boleh nak buat diagnosis.
Lady: kat sini! Atas ni!! (Sambil tunjuk dia kawasan ulu hati)
Sabar sahaja yg mampu ku lakukan.
Sekejap sekejap terdengar perempuan ini menjerit2 pada ibunya KIPAS, KIPAS!! membuatkan aku mmg TAK ADA SELERA nak berada di sebelahnya lebih lama.

Me: Ada makan apa2 ubat tak?
Pesakit tidak menjawab. Tp ini jawapan ibunya.
Ibu: semalam saya ada bagi dia ubat selsema saya. Sebab tu ke doctor?? Doctor nak tengok ke ubat nye?? Saya gi ambil sekejap dekat rumah ye doctor. Sekejap je. Tapi mintak tolong lah doctor KIPASKAN anak saya ni ye sementara saya pulang ke rumah.

Me: (dalam hati..) kalau lah makcik boleh ckp mcm ni pada doctor yg ada berpuluh pesakit menunggu untuk rawatan utk kipas anak makcik, saya tak terkejut kenapa anak makcik sangat terang terangan berkelakuan kurang ajar dan biadap dengan makcik dan juga staf kesihatan yg lain.

Nak manjakan anak pun ada batasan saya rasa... semoga anak makcik diberi hidayah. Amin.