Thursday 15 June 2017

Baby lahir banyak rambut sebab apa ye?

Me: ok makcik. Saya rasa itu sahaja untuk hari ni. Nanti makcik ambil ubat di farmasi ye. (Dengan senyuman yg sgt sweet)

Makcik: ok. Oh ye doctor tolong jangan lupa letak folic acid sekali ye?

Me: oh? Boleh.. takde masalah. Tp boleh saya tahu makcik ambil folic acid utk apa ye? 

Makcik: kan ada dalam rekod tu? Tak tengok ke? Makcik ni memang under follow up Doktor ABC kat hospital ABC! Mmg setiap kali ambil folic acid.

Awesome...

Me: (menyirap gak darah tetiba dia tinggi suara..tp sabar) ok.. jap saya tgk rekod makcik ni. (Puas mencari folic acid prescription dalam rekod. Memang xde. Ke mata aku rabun..

Makcik: tengok la dalam tu. Memang tiap kali datang doctor akan bg saya folic acid. 

Me: memang xde makcik. Saya boleh beri x menjadi masalah. Tp boleh tahu kenapa makcik ambil folic acid? 

Makcik: (dengan suara yg tinggi dan x berpuas hati) saya kan masalah rambut ni asyik gugur. 

Me: berapa lama ye masalah ni? Banyak ke?

Makcik: dah lama dah! 4 tahun dah! Takde la banyak sgt... tp lama dah ni masalah ni!

Me: hmm.. menarik. Siapa yang mulakan ubat ni utk rambut gugur ye makcik? 

Makcik: eh banyak tanya pulak! Apa yg susah sgt! Bagi jelah folic acid tu! Jgn nak naikkan darah saya yg mmg dah tinggi ni!

Aku jeling sekejap pada bacaan BP.. normal je..takde lah tinggi gile..

Me: excuse me makcik. I dont appreciate that tone. I told you that i can give you the folic acid but i just feel weird that ur taking it for hair fall. You dont have to raise your voice at me! (Suara dah mula nak naik dah..)

Makcik: eh makcik dah bertahun dah ambek folic acid. So kalau you rasa folic acid bukan utk rambut gugur habis tu utk apa?

Me: (wow..now kena argue pulak dgn makcik ni). Makcik..kita bagi folic acid sebagai supplement contohnya untuk wanita mengandung.. jarang kita beri utk rambut gugur. Melainkan memang orang tu malnourished dan ada folate deficiency dan ada hair loss maybe lah kita akan bg. Tp makcik sihat dan tidak ada folate deficiency. Makcik makan makanan seimbang setiap hari. So mengambil folic acid tu agak redundant pada pendapat saya.

Makcik: Haaa..org mengandung ambik folic acid tu kan utk buat rambut baby lahir banyak. (Whhaaatttt? Mazhab mana ni???) eh apa yg susah sgt ni? Saya dah ambil bertahun!

Me: ok ok...saya x nak gaduh dengan makcik. so dah bertahun-tahun ambil folic acid rambut makcik dah tak gugur dah ke?

Makcik: urmm...urmmm... (muka malu..tp tak nak kalah)

Me: makcik..saya rasa doctor pun malu nak tulis dalam rekod makcik yg diorg bg makcik folic acid sebab masalah rambut gugur ni. (Ok...ni dlm hati je lah...)

Hampeh.

Doktor pun satu. It doesnt hurt to explain the latest research findings to patients. If it helps to reduce unnecessary prescription, apa salahnya.. ni tidak.. patient mintak je bagi. Patient mintak je bagi. Memang la murah. Tp kalau sebab yg tak masuk akal and not backed up by strong studies tak perlu la kan... in the end bergaduh dengan doctor lain sebab dia x faham or salah faham.

This was a year ago. Now she has STOPPED taking folic acid. I wonder why.....


No comments:

Post a Comment