Friday 25 December 2015

stop being racist and disrespectful

jiran aku cina dan india.
kawan aku cina dan india.
kawan sekerja aku cina dan india.
pesakit ku cina dan india.
boss aku cina dan india.
pekerja aku cina dan india.
aku beli barang daripada orang cina dan india.
aku dibantu oleh orang cina dan india.
aku membantu orang cina dan india.
aku orang melayu.
aku orang islam.

kenapa perlu mengutuk sesama kita dalam satu negara yang aman? kenapa perlu bersikap perkauman? kenapa perlu menyentuh sensitiviti agama dan kaum? kenapa tidak boleh menghormati agama dan kepercayaan satu sama lain? kenapa perlu berkata-kata kasar dan keji terhadap sesuatu agama yang lain daripada kita?

hebat sangatkah diri kita? hebat sangatkah?

aku cukup terkesan dengan kata-kata orang cina dan india yang sangat lantang mengutuk dan menghina agama dan bangsaku. aku cukup marah dengan bangsa ku yang begitu kasar mengutuk agama dan bangsa lain seolah-olah diri kita sangat hebat dan bagus.

yang paling tinggi di sisi Allah adalah yang paling taat perintahNya. hidayah itu milik Allah. jangan dijatuhkan hukuman pada mereka yang berbeza dari kita hanya kerana kita fikir syurga itu milik kita. belum pasti syurga buat kita jika ada riak dalam diri walau sebesar zarah. belum pasti syurga milik kita jika akhlak kita tidak seperti yang disarankan oleh Islam. belum pasti syurga buat kita jika kita terlalu menyombong dengan nikmat dunia yang sementara dan mengelirukan.

apa guna wang berjuta jika hari esok kita lumpuh kaki dan tangan? apa guna kereta yang mahal, rumah yang besar, duit yang banyak, jika esok kita kemalangan dan mati tanpa bertaubat. apa guna kekayaan sementara di dunia, jika selamnaya kita akan ke neraka jahanam. nauzubillah.

buangkan sifat sombong dalam hati. doakan yang terbaik buat mereka yang masih tidak faham. hidayah milik Allah.. fikir fikirkan lah.


aini ayu


No comments:

Post a Comment