Sunday 20 September 2015

tipu daya dunia

hidup ini penuh dengan tipu daya. apa yang ditonjolkan, tidak bermakna itu lah hakikatnya. cantik di luar, tidak bermakna cantik di dalamnya. senyum di gambar, tidak bermakna gembira realitinya. cantik masakannya, tidak bermakna enak rasanya. cantik rumahnya, tidak bermakna bahagia keluarganya.

itulah hakikat dunia. jangan terlalu dikejarkan dunia yang sementara. kerana hati akan gundah gulana jika dunia ini dilihat seolah-olah tiada penghujungnya. seolah-olah mati itu jauh sekali. hati akan kacau jika sentiasa mengejar tipu daya dunia. kerana segalanya bersifat sementara. kekayaan, kepandaian, pangkat serta darjat. usah tertipu dengan tipu daya dunia. kerana siapa yang tertipu, maka hidupnya sangatlah rugi.

moga kita dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang rugi. moga esok kita kejar sesuatu yang lebih pasti.

insyaAllah.


No comments:

Post a Comment