Sambungan ...
Tubuh kecil di pangkuan aku tenung sedalam yang boleh. Setiap hembusan nafas ku perhati sahaja. Indah sekali pandangan ku ini. Sungguh kecil insan ini. Tapi besar sekali impak yang aku terima hanya dengan memandang. Terasa seolah-olah aku tidak perlu apa-apa lagi dalam dunia ini. Kehadiran Armaan cukup melengkapkan segala kekurangan duniawi. I am complete.
Memang indah sekali ketika bayi comel ini sedang nyenyak tidur. Lenyap seketika kesusahan dan masalah dunia. Tetapi sekali kelaparan, terus dia menjerit menangis meminta diberikan susu. Haru-biru aku dibuatnya. Kadang-kadang, aku turut menangis sama. Stress juga dibuatnya. Tidurku memang tidak pernah lena. Tangan sudah cramp kerana acapkali tertido dengan Armaan di atas lenganku. Walau penatku hanya Tuhan sahaja yang tahu, aku enggan membiarkan dia jauh dariku lebih dari 10 minit. Aku nekad memberinya susu badanku selama aku mampu menyusukannya.
Sleep deprivation mula memberi kesan yang agak mengganggu emosi ku. Aku terasa seperti mayat bernyawa. Perasaan cepat marah mula menunjukkan belang. Apabila dia menangis, aku seperti hilang kawalan. Kemurungan seolah-olah menunggu untuk menerpa. Setiap hari aku berharap Armaan akan lena lebih lama agar aku juga dapat melelapkan mata yang sudah macam panda bear ini, tetapi apakan daya, babies will always be babies.
Semua ahli keluarga berkeras ingin membantu. Mula-mula, aku terasa seperti tidak mahukan bantuan. I am strong and I can do everything myself. Wow, sombongnya. Tapi aku semakin hilang pertimbangan kerana badanku semakin penat. Aku mengalah juga akhirnya. Aku perlu tidur sehingga batteriku dicaj sepenuhnya. Susu kuperah sebanyak yang boleh dan ku simpan di dalam peti sejuk. Armaan ku serahkan pada ibuku.
Mungkin itu adalah tidur yang paling nyenyak sepanjang hidupku..
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment